Isnin, 28 November 2011

Usrah Mabrur ... punya ahli baru










11.11.11 tarikh keramat bagi kami sekeluarga. Usrah Mabrur punya ahli baru.

Sabtu, 19 Mac 2011

Perjalanan Masa


















Usrah Mabrur...lama sungguh tidak mengisi ruangan kosong ini. 4 Mac yang lalu Ahmad Fathan Jundullah telah mencapai umur 2 tahun.

Rabu, 21 April 2010

Usrah Mabrur

Matlamat: Mabrur Dalam Kehidupan Abang Tah ---Ahmad Fathi Rabbani--- yang memulakan sambungan zuriat 'usrah mabrur' yang dilahirkan pada 15 Disember 2003. Kakak Tihah---Ainul Fatihah Mujahidah menyusul tiga tahun kemudian.

Ahmad Fathan Jundullah....kelahiran 04 Mac, 2009 di Klinik Nisa' Kota Bharu.... menangis dengan maksud orang lain jangan pegang walaupun seorang Tok. Tak perlu kepada orang lain kecuali mama.


Begitulah hati seorang anak... hanya kepada mama ibunya yang tiada protes dihati. Padahal ayahanda ada bersama. Tok pun ada sama. Juga semuanya seronok dengan anak-anak kecil. Anak-anak kecil berumur sehingga 2 tahun 'menjadi permainan' orang tua pada hal ketika ini tak pandai bercakap lagi.


Patutlah Rasulullah SAW memberi garis panduan adat. Juga panduan hati untuk hormat menghormati dan kasih sayang dimana diantara kedua antara ibu dan bapa maka hendaklah didahulukan "ibu mu, ibu mu, ibu mu" barulah "bapa mu". SubhanalLah.


Seterusnya kita kena memahami bahawa kepada keduanya telah dimaktubkan Allah SWT dalam al-Qur'an ayat 23 Surah al-Israa' , " Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkatan "Ha" , dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun".


Ahmad Fathan Jundullah .....seorang "tentera Allah"


..........sedap tidur............

Ahmad Fathi Rabbani .......Abang Tah sudah pandai bergaya bersama mama dan adik AN


Ahmad Fathan Jundullah .... serius ! "Tengok apa tu ?"


Mabrur...telah termaktubkan bahawa perkataan 'mabrur' telah menjadi perkataan keramat bagi orang-orang yang beriman. Ia dikaitkan dengan haji yakni 'haji mabrur' yang menjadi matlamat setiap orang yang mengerjakan haji. Bagi saya, bukan sahaja haji tetapi kehidupan kita mesti menuju 'mabrur' dan kena 'mabrur'.


Pandangan ini bukan menafikan mabrur sebagaimana yang di maksudkan 'haji mabrur' itu. Saya mempunyai sejarah yang tersendiri dengan perkataan 'mabrur'. Begitu isteri saya. Kami mematlamatkan keluarga kami dengan 'mabrur'. Satunya kefahaman dan keduanya ada kaitan dengan kisah hidup kami berdua. Kini keluarga kami telah jadi 5 orang. Saya dan isteri sudah mempunyai 3 orang anak.


Saya 'abi' dan isteri saya 'mama' kepada anak-anak saya. Moga-moga Allah merahmati isteri saya kerana melahirkan anak-anak saya. Allah Yang Maha Membalas kerana melahirkan umat Muhammad S.A.W. Wallahu A'lam.


Untuk menghubungi kami, sila ke FACEBOOK [FB]

[1] Ustaz Fikri Kelantani

[2] Masjid Uthmani ............. ini FB program agung kami ....dan keluarga dan anda

[3] Roslawati Hamzah [isteri dan mama anak-anak kami]


Lagi laman web:







MABRUR DALAM KEHIDUPAN


Sekian.